I am SYAFIQAH. 16. Malaysian.
leave your prints guys, remember! no harsh word . be polite :) teen top bias . teenzontop

"no,no,no: study is good, but students thought it was not~so stop being one of it. " - anonymous

BLogskin
Njoe
Jaera
Soondie
Latteu
Mochakari


Template by Miichiko.
Sidebar coding from Jung나영.
I'm Back!
Saturday, December 28, 2013 | 0 comments

Assalamualaikum . I'm back , I'm back setelah sekian lama saya membiarkan blog ini akibat kemalasan yang teramat . super duper lazy . huihui.baru-baru ni saya ada singgah blog Fira dia ada tulis cerpen yang best.cuti-cuti ni saya tiada la bercuti-cuti sangat asyik sibuk je manjang dekat rumah . actually saya jadi babysitter selama 2 minggu jaga adik sepupu.penat.

Tahun 2014 nie saya mahu SPM . badump, badump, badump . hanya Allah Taala sahajalah yang tahu apa perasaan saya sekarang . tidak henti-henti fikir pasal result . walaupun belum lagi SPM . peperiksaan akhir tahun lepas saya gagal . :'( soalan yang cikgu bagi betul-betul buat kami panik . apa lagi semua subjek sains dan matematik tambahan tu saya gagal . mula-mula dapat tahu memang frust gila sampai tidak boleh tunjuk result dekat babah . dan ada kalanya saya putus asa mau ambil science stream . tapi bila di fikir semula kawan sekelas saya yang lain pun tidaklah ramai yang lulus subjek sains dan matematik tambahan tu . bukanlah saya anggap diri saya lebih bagus tapi bila difikir semula pasal soalan tu memang cikgu sains suka bagi soalan yang susah untuk uji kemahiran berfikir pelajar . kertas tiga tu sahajalah penyelamat . kalau kertas dua tu tidak mungkinlah akan dapat markah yang tinggi. tapi takpa . cikgu sains semua cakap pelajar senior pun dulu selalu gagal dan mengeluh soalan susah . tapi bila SPM ramai yang dapat A+ . so keep calm saja pun tiada guna kalau saya duduk diam tiada struggle study kan? so untuk tahun depan jadual semestinya padat dengan kelas tuisyen . tapi saya ni bukanlah orang kaya kan . manalah saya mampu bayar yuran kelas tuisyen untuk setiap subjek plus mahu cari cikgu tuisyen yang tidak terlalu mahal yuran kelas pun bukan senang mahu dapat . apa lagi saya bukan tinggal di bandar so susah mau cari . 


mahu badump,badump,badump  sangat pun tiada guna kalau asyik menghadap tv ja . actually waktu cuti ni yang hampir ke penghujung ni pun saya penuhkan dengan drama-drama dan variety korea saja . apa lagi babah saya meletuplah . tapi saya akui memang patut babah marah saya sebab saya makin pemalas walaupun minggu depan sekolah . wake up pika . kadang-kadang saya tidak faham apalah yang membuatkan saya begitu malas. kring! times up . OME . stop menulis . actually blog ni akan ditinggalkan dekat jangka yang agak lama selepas nie atau disingkatkan hiatus . saya tidak faham sangat maksud tu tapi blogger yang lain yang SPM 2014 tulis macam tu . hehe . babai . 

Assalamualaikum 




#examdahdekat
Saturday, September 14, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum 
salam sejahtera 
fuhh!fuhh! banyak betul sarang labah-labah dekat blog saya nie sudah . oleh sebab tuan dia yang pemalas yang teramat mau update itu dan ini . mak ai! peperiksaan akhir tahun mau dekat sudah . apa sudah jadi? apa saya akan buat? okay jom soal sama-sama ekk students . 
sudah study ?     ........       belum!

sudah hafal formula physics, addmath, math ? .......   belum                                                   
okay stop . sebab jawapan seterusnya pun kita sudah tau . kan ? okay . memandangkan mid-year examination hari tu saya out dari top 10 . saya kena buat yang terbaik lah kali ini. doakan saya reader . adada . kalau kita berdoa tanpa usaha bukankah hasilnya tidak seperti yang kita inginkan sepenuhnya . betul kan . so sekarang kita kena usaha,ikhtiar dan doa lepas exam kita tawakal and doa lagi banyak-banyak . huhu . kamu mau tau ka target saya untuk exam kali ni berapa ? mau tau ? cuak tak ? curious tak ? tettttt . biarlah rahsia . biar saya saja yang tahu . muaahaaha . kejam tak ? geram tak dengan saya ? geram ? alah ! janganlah . nanti saya bagitahu bila sudah dapat target tu . okay ? hehe . btw , saya kini aktif di twitter . jadi yang lalu-lalu blog peliharaan saya nie jangan lupa follow saya . you follow me I follow you . hehe . makin lama saya makin pemalas mau jadi penulis aktif , panjang berjela tulis itu ini . hehe . doakan saya yaaa agar saya dapat capai target and rajin belajar . amin .

Assalamualaikum .

anxiety
Saturday, June 15, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum .
Salam sejahtera 

apa khabar kamuu ? saya sihat . alhamdulillah . setelah hampir seminggu hiatus kini saya kembali . cehhh ! actually saya tiada idea pada awalnya tapi bula teringat peristiwa hari rabu lepas saya tergerak hati mau kongsi . ngee* hari sabtu yang lepas tu unit kaunseling adalah buat research untuk pelajar form 4 ni pasal perkembangan mental ka apakah . apa yang saya faham itu sajalah . so waktu tu juga lah saya tahu saya nie sebenarnya berada pada tahap anxiety . anxiety ? anxiety tu apa ? emm . anxiety tu satu keadaan yang  meresahkan  dan membimbangkan, kerana kira-kira ketidaktentuan masa depan . kesimpulannya ,
anxiety adalah perasaan takut yang tidak realistik, bimbang, dan keresahan, biasanya umum dan tidak difokuskan . Ia sering diiringi oleh kegelisahan, keletihan, masalah dalam kepekatan, dan ketegangan otot. Anxiety tidak dianggap sebagai reaksi normal kepada tekanan  walaupun ramai merasakan ia kadang-kadang rasional . sebenarnya waktu tu saya tidak faham pun apa maksud benda tu tapi bila  search kat google mula pula timbul rasa takut . masa dekat sekolah tu cikgu cuma cakap anxiety nie lebih teruk daripada stress tapi lebih baiklah berbanding murung . tapi hati mana yang tidak takut kan mana tau anxiety nie boleh menyebabkan benda yang tidak baik . nauzubillah min zaliq . harap-harap dijauhkan . 

dalam waktu macam ini hanya doa dan tawakal menjadi teman . idea saya kini menghilang kembali . akhir kata 

jangan pernah putus berdoa , jangan pernah putus tawakal , kita boleh hidup 
tanpa boyfriend tapi kita tidak boleh hidup tanpa iman. 
jangan pernah putus harap untuk berubah ke arah kebaikan untuk mencari redha Allah Maha Esa .

Assalamualaikum . Waalaikumsalam .

Reading ??
Friday, June 7, 2013 | 0 comments
 
 
 
  Assalamualaikum 
Salam sejahtera 
apa khabar ? saya ? saya okay saya dah besar :) emm . berkenaan tajuk tuu . yup saya membaca . baca surat khabar sahaja . saya tidak bangga pun sebab buku tak buka . remaja zaman IT kan ? sangatlah . emm . saya ada terbaca tu ......
"you are what you read" . zaman dulu dan sekarang amatlah berbeza . sedangkan kanak-kanak zaman dahulu menggunakan masa senggang mereka dengan membaca buku , tidak kiralah fiksyen atau sebaliknya . namun , kanak-kanak di zaman yang serba moden ini jarang sekali dilihat membaca buku tidak kiralah fiksyen atau bukan . oleh itu masyarakat zaman dahulu tidak terlalu bergantung pada apa yang mereka pelajari di sekolah . malah yang tidak ke sekolah pun berusaha untuk mengenal huruf . 

wahh!*tetiba keluar dari benak hingga ke mulut* jadi saya mula sedar . rupanya kebanyakan pengetahuan yang saya ada sekarang ni bergantung pada pengetahuan am yang saya belajar di sekolah . yess ! tak salah sebenarnya kan . jadi apa kata kita guna media massa ni untuk belajar . bukannya susah pun kan . budak 5 tahun yang baru belajar baca pun pandai guna barang elektronik bagai ni . beruntunglah saya dulu tak dapat nak merasa 'swipe screen' bagaii . sekarang dah umur 16 tahun nie pun tak ada yang sendiri punya .*luahan hati* okayy . stop . cerita balik . senang je kan pergi ja tanya paci google tu . macam-macam ada . hoho .

reading make a full man. remaja kini lebih banyak menghabiskan masa dengan laman komunikasi seperti Facebook , Twitter , MySpace dan lain-lain lagilah . sebenarnya benda ni semua pun membolehkan kita untuk membaca . okay . Firstly, don't kid ourselves . membaca seorang diri tidak akan membuatkan kita faham sepenuhnya . ya . 'nerd people' selalunya yang kita jumpa membaca seorang diri kan ? tapi pernah tak anda terfikir apa yang mereka lakukan selepas membaca . kadang kala apa yang mereka baca tu mereka akan terangkan balik pada diri mereka . tetapi pemahaman mereka yang membaca sendiri ini lebih rendah berbanding yang membaca secara beramai-ramai.

emm . tapi kalau saya lah saya tidak boleh kalau membaca ramai-ramai ni . bukan lokek ilmu tapi saya jamin mulut saya tidak akan berhenti pokpekpokpek . hehe . ohh !sebenarnya saya tidak ingat quote siapa . emm . tidak ingatt ! hoho :( apa yang saya boleh katakan .  opps ! lupa mau bagi tahu semua nie dipetik dari potongan akhbar NewStraits Times. kalau mau baca lebih banyak lagi boleh minta tolong paci google . search ja Niexter. mesti ada punya . kalau mahu buat karya sendiri pun boleh . tuptuptup . masuk juga surat khabar kan . Ya Allah riaq .. istighfar . baiklah cukup panjang berjela sudah nie kan . hehe . saya minta diri dulu . tersilapa kata , terlampau bicara mohon maaf dipinta .

Assalamualaikum . *waalaikumsalam*
menjawab salam tu wajib tau .. hehe . :) senyum .


yohooooo .
Sunday, May 5, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum . 
Salam sejahtera .
salam satu Malaysia . 

ek eh . kelmarin pilihan raya kan ? saya dengar BN menang . Alhamdulillah . emm . hari rabu ni saya dah start duduk exam . jadi dalam masa seminggu yang lalu . saya tak belajar bukanlah tidak belajar langsung ada juga dalam 2 hari saya belajar dalam SEPANJANG MINGGU itu . emm . actually semalam saya sendiri nervous dan berdegup-degup gak jantung nie untuk tunggu keputusan PRU tu untuk dimaklumkan . maklumalah dah dewasa nie kan jadi mau juga faham biarpun sedikit pasal politik nie . hehe . etsss . PRU pula . dah , dah . next . di hari-hari terakhir sebelum mid-examination nie saya cuma SEMPAT  .... sempat ? lah sangat . hehe . saya cuma ada belajar additional mathematics which is subject nie adalah subjek yang paling saya lemah lah . sory tatabahasa saya tidak sebagus kamu . jadi disebabkan saya lemah subjek tu saya luangkan masa selama lebih kurang 2 jam 30 minit untuk belajar satu bab saja . tapi saya tetap rasa perkara tu berbaloi biarpun banyak masa kena gunakan sebab Alhamdulillah saya faham gak .


hehe . dan kamu tau hari nie saya tidak pegi sekolah sebab errrrr saya ingat hari nie cuti dan saya bangun lewat . hehe . tapi tidak apa sebab kawan saya cakap hari nie cikgu sibuk untuk prepare soalan . jadi dikala saya di rumah nie . DIKALA ?  hehe . dramatik sikitt . saya tolong mama saya doing  laundry sebab kelmarin tidak sempat . hehe . dan tadi saya ada juga belajar sikit-sikit subjek biologi . dari youtube sahaja! hehe . sekarang saya rehat dulu . waktu-waktu exam nie surely saya akan study lama-lama jadi saya perlukan peneman setia saya semenjak daripada  tahun lepas . 
dia setia sama saya . haha . emmm . baiklah semoga kita berespirasi lagi di kemudian hari ok . hehe . 

Assalamualaikum 
Waalaikumsalam

bilik baruuuu .
Sunday, April 21, 2013 | 0 comments
assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang Islam yang baca post nie jawab salam tu dulu . hehe . tajuk hari nie macam yang kamu nampak tu laa . yeay2 . berjaya juga pujuk mama buat bilik untuk anak sulung dia nie . kamu tau apa alasan saya yang menyebabkan saya berjaya pujuk mama ? saya bilang bilik saya sempit lagipun barang adik saya bukannya sebesar semut . hoho . jadi saya bilang mungkin kami berdua tidak selesa belajar . haha . tiadalah, mama baik hati kelmarin itulah dia benarkan . 

bolehlah daripada tiada kan ? hehe . sekarang saya mau masuk tajuk baru . saya bukan mau merungut lah tapi memang rasa tidak puas hati + sedih gak sebab saya macam kena anti sudah sama saya punya kawan-kawan . saya tidak minta pun . tidak kiralah kawan baru jumpa atau lama sudah kenal . saya tau saya tidak sebaik yang dorang mau tapi dorang bolehkan bagi tau saya apa yang dorang tidak suka pasal saya . mungkin saya boleh ubah cepat-cepat . saya tidak mahu lah dorang benci saya atau tidak suka saya bukan apa mungkin boleh mendatangkan dosa di kedua belah pihak . saya tau  mungkin saya manja sampai diorang tidak mahu layan saya . atau mungkin saya terlalu sombong sama dorang . tapi saya rasa kalau dorang tidak tegur saya pun saya tetap tegur . saya tidak tunggu pun dorang tegur saya . saya harap perasaan ini tidak sampai buat diri saya benci dengan dorang . 

 
 
"Ya Allah hamba memohon Ya Allah jauhkanlah hamba dari perasaan hasad dengki dan benci membenci Ya Allah . sesungguhnya hamba ini manusia yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan darimu Ya Allah. hamba memohon Ya Allah Ya Rahman berikanlah hamba petunjuk dan hidayat darimu Ya Allah begitu juga  sahabat hamba Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang mentadbr sekalian alam Ya Allah"
Ameen Ya Rabbal Al-Amin.
 

~sedih di petang hari . emm . 

Assalamualaikum
*Waalaikumsalam*

menyesal ! huahua .
Saturday, April 20, 2013 | 0 comments
assalamualaikum dan selamat sejahtera . you and you and you tu rindu saya tak ? saya rindu kamuu . haha . emm . berkenaan tajuk di atas tu . kamu tau hari isnin dan selasa minggu nie saya tidak pergi sekolah . 2hari tu , 2 hari . menyesal sangat . ini semua disebabkan oleh demam yang melanda kalau kau tidak datang saya mesti ada di sekolah . sronok-seronok belajar, seronok-seronok chit chat sama kawan sama cikgu . boleh juga saya tanya-tanya soalan bocor . ok stop ! soalan bocor . tidakkk ! jahat betul oh fikiran saya nie . astafirullahalazim . mengucap . sambung balik . kenapa saya menyesal ? mesti kamu tertanya-tanya kan . sebab banyak homework dan juga kerja di kelas saya tidak buat . pelajaran saya ? kalau mau di cakap pun susah saya kadang-kadang clueless di kelas sebab banyak tertinggal . sakit hati kite wakk . 
what are you talking  photo: no what are you talking abuot KirinoGif_EP03_9_zps91ce12ee.gif 

kadang-kadang saya terpaksa buat beg saya berat hanya untuk bawa buku rujukan yang tebal teramat . saya  benci demam . saya harap kau tidak lagi datang dalam masa terdekat ni . 2 minggu lagi saya ada mid-year exam . saya tidak mau kau kacau saya . saya tidak mau gagal lagi sekali . cukuplah sekali . please . kau kasi tinggal lah badan saya nie . badan saya nie memang banyak lemak tapi saya tidak mau kau ambik lebih-lebih pula . *apa kena mengena lemak* . kau tau ka exam saya kali nie lebih susah . grrr . baiklah tak nak geram-geram . saya harap awak pergi ye . hehe . emm . kena out . ada housework dan homework yang terbengkalai . kesian . nanti saya terpaksa tidur lewat . haha . 

  assalamualaikum . 
*waalaikumsalam*

FUTURE
PAST




Profile affies follow refresh